Program Bahasa Arab (Kelas Fizikal – Tarim)
Belajar dengan asas yang betul. Faham dengan jelas. Berprogress secara tersusun.
Alhamdulillah, Zawiyah Turath membuka pendaftaran bagi Program Bahasa Arab (Kelas Fizikal di Tarim), khas untuk pelajar yang ingin membina asas yang kukuh dalam Bahasa Arab.
Kenapa Perlu Belajar Bahasa Arab di Tarim?
Di Tarim, bahasa Arab adalah kunci untuk:
Memahami pengajian para ulama
Mengikuti kelas-kelas ilmu dengan lebih jelas
Mendalami kitab-kitab turath (tradisional)
Tanpa asas yang betul, seseorang akan:
Sukar memahami pelajaran
Bergantung kepada terjemahan
Tidak dapat mengikuti dengan baik
Struktur Pembelajaran
Program ini disusun secara berperingkat dan tersusun, bagi memastikan pelajar benar-benar faham sebelum ke peringkat seterusnya.
Susunan Pembelajaran:
Ṣarf (Morfologi – Pembentukan perkataan)
Ṣarf Lanjutan
Pengenalan Perbualan (Conversation)
Naḥw (Tatabahasa Arab)
Pembacaan Kitab & Analisis Teks
Setiap peringkat akan memastikan: Faham konsep
Boleh aplikasi
Bersedia untuk naik tahap
Apa Yang Akan Anda Capai?
Dengan izin Allah, pelajar akan mampu:
Memahami struktur perkataan dan ayat
Mengikuti kelas dalam Bahasa Arab
Membaca dan memahami kitab asas
Bersedia untuk pengajian Islam yang lebih tinggi
Struktur Kelas
Kelas Pagi
Fokus kepada pembelajaran utama (Ṣarf & Naḥw)
Disampaikan secara tersusun dan berpandu
Sesi Tambahan (Hari Tertentu)
Ulangkaji dan pengukuhan
Sesi bersama guru tempatan
Semakan kefahaman pelajar
Prinsip Pembelajaran
Di Zawiyah Turath, kami menekankan dua perkara utama:
Pro-Ilmu
Sentiasa mengutamakan ilmu
Pro-Progress
Bukan sekadar hadir, tetapi berkembang
Pelajar digalakkan untuk:
Konsisten dalam ulangkaji
Mengamalkan apa yang dipelajari
Bergerak secara bertahap
Tempoh Program
Sekitar 18 bulan (atau lebih jika diperlukan)
Fokus utama adalah kefahaman, bukan kelajuan
Siapa Yang Sesuai?
Program ini sesuai untuk:
Pelajar yang berada di Tarim
Pemula (tiada asas pun boleh)
Pelajar yang ingin kukuhkan asas
Mereka yang ingin sambung pengajian Islam
Rakaman Taklimat
Rakaman sesi orientasi
(Ingeris):
📌 Pendaftaran Minat (Interest Registration)
Buat masa ini, kami sedang mengumpulkan minat daripada pelajar sebelum program ini dimulakan secara rasmi.
Jika anda berminat untuk menyertai program ini, sila isi borang di bawah:
👉 https://forms.gle/cy7kYc1DSMy68Mxf6
Maklumat anda akan membantu kami:
- Menilai tahap permintaan
- Menyusun jadual kelas
- Merancang pelaksanaan program dengan lebih baik
📢 Kami akan menghubungi anda semula dengan maklumat lanjut setelah perancangan dimuktamadkan, in shā’ Allāh.
🚀 Mulakan Langkah Pertama Anda
Jangan tunggu sehingga semuanya sempurna…
Mulakan dengan satu langkah.
👉 Daftar minat anda hari ini
Zawiyah Turath
بارك الله فيكم



